Latih kanak-kanak bermain sambil belajar

Latih kanak-kanak bermain sambil belajar

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Sekolah Fairview di Jalan Manggis Satu hari ini mengadakan Pesta Matematik dan Sains 2015 di perkarangan sekolahnya dengan membawakan tema ‘Jelajah, Penemuan dan Gandakan keseronokan’.

Pesta berkenaan merupakan salah satu tanggungjawab sekolah berkenaan bagi memastikan pembangunan sains dan matematik dan turut menjadi salah satu acara tahunan sekolah sebagai pendekatan untuk menarik minat pelajar terhadap dua mata pelajaran itu.

Menurut kenyataan sekolah itu antara objektif majlis adalah untuk menyediakan suasana yang berguna kepada aplikasi matematik dan sains melalui permainan selain memotivasikan pelajar dan masyarakat untuk menimbal ilmu melalui konsep bermain sambil belajar.

Ia juga menjadi wadah memberikan peluang meningkatkan konsep kendiri dan pembangunan positif kepada sains dan matematik dan menawarkan kaedah pembelajaran yang berlainan sebagai medium interaksi bersama pelajar serta mempromosikan sikap tidak bergantung kepada guru dalam menyelesaikan sebarang permasalahan dalam kedua-dua mata pelajaran itu.

Antara aktiviti luar yang berkaitan dengan sains dan matematik.
Antara aktiviti luar yang berkaitan dengan sains dan matematik.
Gambar ramai sebahagian daripada warga Fairview pada acara itu.
Gambar ramai sebahagian daripada warga Fairview pada acara itu.

Antara aktiviti yang dianjurkan hari ini adalah permainan matematik, Dance Revo, Dice Dart, Can Toss, Blow the Cup, Feed Me, Bowling, Frisbee Toss, Ring Toss, Golf dan turut menampilkan pameran sains di satu sudut lain di sekolah itu.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Pengarah Pengurusan sekolah berkenaan Dato Seri Laila Jasa Haji Ahmad bin Dato Paduka Matnor dan Pengarah Akademiknya, Datin Paduka Hajah Fatimah binti Dato Paduka Haji Hussien.