Latih pakar tangani Thalassaemia

Latih pakar tangani Thalassaemia

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Sept – Unit Hematologi dengan kerjasama Jabatan Perubatan Dalaman dan Jabatan Pediatrik Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) mengadakan Simposium Thalassaemia ke-4 baru-baru ini bagi melatih pakar-pakar kesihatan menangani penyakit itu.

Pakar Thalassaemia dari Thailand, Profesor Madya Vip Viprakasit dari Fakulti Perubatan Hospital Siriraj, Universiti Mahidol, Bangkok dan Pakar Onkologi Pediatrik Hematologi Dr NazlinDizana Din dari Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dijemput sebagai penceramah simposium yang dihadiri para jururawat.

Selain melatih pakar menangani penyakit itu, simposium berkenaan juga merupakan platform untuk meningkatkan kesedaran dan bertukar-tukar maklumat antara empat buah hospital di negara ini dan pengalaman menjaga pesakit thalassaemia.

Antara jururawat yang menyertai simposium itu baru-baru ini.
Antara jururawat yang menyertai simposium itu baru-baru ini.

Thalassaemia merupakan penyakit gangguan darah genetik yang mana penghidapnya tampak sihat sepenuhnya namun jika kedua-dua ibu bapa pembawa gen ini, terdapat satu dalam empat kebarangkalian untuk anak mereka mewarisi gen itu dan menjadi pesakit serius thalassaemia.

Jika serius, pesakit memerlukan penjagaan perubatan tetap termasuk pemindahan darah setiap bulan yang boleh memberi impak serius kepada kualiti kehidupan pesakit dan keluarganya.

ARTIKEL YANG SAMA