Latih pelajar berdikari dan bergaul

Latih pelajar berdikari dan bergaul

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Ogos – Perkhidmatan Bantuan Khusus Masalah Pendengaran Unit Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan hari in imengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama pelajar dan warga minoriti Masalah Pendengaran.

Majlis berkenaan berlangsung di Mini Amphitheater Jerudong Park Playground yang dianjurkan buat kali pertama di bawah kendalian Perkhidmatan Bantuan Khusus Masalah Pendengaran Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan bersama komiti Super SEE HI.

Seramai 137 orang pelajar Masalah Pendengaran yang masih menuntut di sekolah-sekolah Kerajaan dan Swasta (Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Institusi Pengajian Tinggi) telah diundang.

Selain daripada itu kira-kira 20 orang warga dewasa masalah pendengaran dan masih berkhidmat dengan DST, Tabung Amanah Pekerja dan beberapa orang dari Jabatan Pengangkutan Darat juga diundang sama ke majlis berkenaan di sini.

Pihak penganjur dan Komiti Super SEE HI terdiri daripada 84 orang guru-guru terlatih dalam bahasa isyarat dan berpengalaman memberi bantuan dan menilai pelajar-pelajar masalah pendengaran di sekolah masing-masing di seluruh negara.

Antara pelajar-pelajar yang terlibat dalam majlis tersebut.
Antara pelajar-pelajar yang terlibat dalam majlis tersebut.

Majlis ini diadakan adalah demi mencapai objektif penganjur dan komiti Super SEE Hi agar para pelajar masalah pendengaran akan berani bergaul, berkomunikasi dan mampu memahami interaksi bersama rakan-rakan yang sama mengalami masalah pendengaran.

Dalam majlis berkenaan pihak penganjur tidak mengundang ibu bapa bagi melatih para pelajar untuk berdikari dan bergaul dengan rakan-rakan dan jawatankuasa SUPER SEE HI.

Bagi memeriahkan majlis ini, beberapa orang tetamu kehormat telah diundang termasuk pemangku ketua Unit Pendidikan Khas, pegawai-pegawai Eksekutif DST, pengurus syarikat Hear Better Services (HBS) dan Pengurus dan pegawai eksekutif Jerudong Park Country Club (JPCC) dan wakil Kedutaan dari negara Kuwait, Pakistan, Rusia dan Korea.

Antara aktiviti yang mengisi agenda majlis itu adalah penyampaian sijil penghargaan kepada penaja-penaja yang terlibat, pertunjukan silap mata, aktiviti di taman air di samping menikmati juadah yang disediakan.

ARTIKEL YANG SAMA