Latih siswa imarah masjid

Latih siswa imarah masjid

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Ogos – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar telah mengadakan Program Minal Jami’ah Ilal Masjid bagi mahasiswa tahun pertama sesi pengajian 2015/2016M sempena Minggu Ta’aruf Pelajar Baru bertempat di Masjid Perpindahan Kampung Mentiri, baru-baru ini.

Kira-kira 100 orang menghadiri program berkenaan, yang turut dihadiri oleh Penolong Rektor UNISSA, Dr. Arman bin Haji Asmad selaku tetamu kehormat.

Acara dimulakan dengan sembahyang fardu Maghrib berjemaah yang telah diimamkan oleh imam masjid berkenaan, Awang Abdul Aziz bin Haji Abdullah yang seterusnya mengepalai bacaan Surah Yasin dan Tahlil.

Program ini diserikan lagi dengan tazkirah yang telah disampaikan oleh Pensyarah Fakulti Usuluddin, UNISSA, Haji Ahmad Baha bin Haji Mokhtar.

Program Minal Jami’ah Ilal Masjid yang diadakan di Masjid Perpindahan Kampung Mentiri.
Program Minal Jami’ah Ilal Masjid yang diadakan di Masjid Perpindahan Kampung Mentiri.
Para mahasiswa turut mengadakan Majlis Tahlil di Kubah Makam Diraja sempena Minggu Ta’aruf UNISSA.
Para mahasiswa turut mengadakan Majlis Tahlil di Kubah Makam Diraja sempena Minggu Ta’aruf UNISSA.

Antara tujuan program adalah bagi melatih para mahasiswa untuk mengimarahkan masjid di samping dapat mengeratkan silaturahim antara para mahasiswa dan ahli jawatankuasa takmir masjid.

Ia juga bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada para mahasiswa untuk mengetahui kegiatan-kegiatan yang dilaksanakan oleh pihak masjid.

Sebelum Program Minal Jami’ah Ilal Masjid diadakan pada sebelah malam, para mahasiswa turut membaca Surah Yasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong dan Makam Sultan Sharif Ali, Jalan Kota Batu.

ARTIKEL YANG SAMA