Latihan ADMM Plus MS & CT bermula

Latihan ADMM Plus MS & CT bermula

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei – Kapal tentera laut pelbagai negara mula tiba di perairan Negara Brunei Darussalam untuk menyertai latihan maritim pelbagai negara yang digelar sebagai Pertemuan Maritim dan Menentang Pengganas Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM Plus MS & CT), yang dijadualkan bermula esok (2 Mei) sehingga 12 Mei ini.

Kapal penggempur dari Vietnam mendahului kapal lain tiba di Jeti Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), semalam. Kapal pemusnah Lanzhou (170) dari China, USS Stethem (DDG 63) dari Amerika Syarikat (AS), ROKS Choi Young kelas Chungmugong Yi Sun-sin dari Korea Selatan, kapal antikapal selam Admiral Vinogradov dari Rusia dan INS Airavat Shardul kelas kapal perang amfibia dari India semuanya berlabuh di Dermaga Komersial, Muara.

Kapal-kapal lain yang berlabuh di Jeti TLDB ialah kapal frigat Tentera Laut Filipina, BRP Gregorio del Pilar (PF-15); kapal Tentera Laut Malaysia, KD Terengganu (174), kapal pemantau Singapura, Kelas Formidable Frigat Pelbagai Misi; kapal Diraja Thailand, HMTS Taksin (FFG 422); dan kapal Tentera Laut Australia, HMAS ANZAC Frigate Helicopter. Kapal Tentera Laut Indonesia akan tiba lewat petang ini.

Kapal Pemusnah Helikopter Kelas Hyuga JDS Ise DDH-182 dari Jepun pula berlabuh di Teluk Brunei selepas tiba awal pagi ini. Sementara itu, pesawat peronda maritim dari Tentera Udara Diraja New Zealand P-3 Orion dan pesawat pengawasan maritim P-8 Poseidan dari AS juga dijangka tiba untuk menyertai latihan ini.

ARTIKEL YANG SAMA