Latihan ADMM-Plus pamer keutuhan pertahanan Brunei, serantau

Latihan ADMM-Plus pamer keutuhan pertahanan Brunei, serantau

Oleh Sim Y. H. & Pg Fairol RMF

Gambar oleh Muiz Matdani, Pg Fairol RMF, Sim Y.H dan Infofoto

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mei – Eksesais Sekuriti Maritim dan Pencegahan Pengganasan Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN-Plus (ADMM-Plus MS & CT) merupakan eksesais pertama seumpamanya dibuat di bawah ADMM Plus.

Latihan pelbagai negara itu, amat bertepatan dilaksanakan di mana ia memberikan peluang kepada kesemua negara yang mengambil bahagian dalam latihan itu untuk bekerjasama, bertukar-tukar kefahaman dan meningkatkan tahap profesionalisme anggota masing-masing.

Ia memberikan peluang yang unik bagi 18 buah negara yang menyertai latihan berkenaan untuk bertukar-tukar maklumat, taktik dan untuk menunjukkan azam bersama untuk menangani beberapa cabaran yang dihadapi serantau iaitu keselamatan maritim dan keganasan.

Perkara itu dijelaskan oleh Pengarah Operasi Bersama, Brigedier Jeneral (BG) Desmond Tan dalam temu bual bersama Media Permata di Pusat Koordinasi Berbilang Negara (MNCC), Muara, hari ini.

Beliau berkata, penyertaan negara-negara ASEAN Plus iaitu 10 negara anggota ASEAN bersama Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Rusia, Korea Selatan dan Amerika Syarikat dalam latihan itu, menunjukkan komitmen mereka untuk menangani masalah yang mengancam kestabilan dan kemakmuran serantau terutama dengan keadaan keselamatan maritim dan ancaman keganasan pada masa ini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan berangkat ke Eksesais Sekuriti Maritim dan Pencegahan Pengganasan Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN-Plus (ADMM-Plus MS & CT) di Pusat Koordinasi Berbilang Negara (MNCC), Muara. - Infofoto
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan berangkat ke Eksesais Sekuriti Maritim dan Pencegahan Pengganasan Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN-Plus (ADMM-Plus MS & CT) di Pusat Koordinasi Berbilang Negara (MNCC), Muara. – Infofoto

Mengulas mengenai keselamatan maritim, Brigedier Jeneral Desmond Tan berkata, keselamatan maritim memberi kesan kepada semua negara dan bagi Singapura, mengekalkan keselamatan maritim adalah amat penting baginya kerana Singapura bergantung tinggi daripada segi ekonomi kepada laluan laut bagi pergerakan eksport dan import.

Beliau menambah lagi, keselamatan sekuriti harus diberikan penekanan kerana ia memberikan kesan kepada kewujudan berterusan negara serta juga kestabilan dan kemakmuran serantau.

“Oleh itu, keselamatan maritim memberi kesan bukan sahaja Singapura dan Brunei tetapi juga negara-negara ASEAN yang lain kerana semua barangan dan laluan yang digunakan harus melalui pelbagai selat yang penting di rantau ini.”

Menyentuh mengenai dengan isu keganasan, Brigedier Jeneral Desmond Tan berkata, ia merupakan satu masalah yang perlu ditangani oleh semua pihak di mana tiada sebuah negara pun terkecuali dan pada masa ini, ia memerlukan semua negara untuk bersama-sama bertukar-tukar maklumat dan harus perlu bekerjasama untuk menangani masalah berkepentingan bersama.

Menurut Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih berkata (ADMM-Plus HADR & MM Ex) merupakan satu pencapaian yang sangat penting buat negara dalam menangani ancaman keganasan terhadap keselamatan dan keamanan maritim bersama negara-negara yang terlibat.
Menurut Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih berkata (ADMM-Plus HADR & MM Ex) merupakan satu pencapaian yang sangat penting buat negara dalam menangani ancaman keganasan terhadap keselamatan dan keamanan maritim bersama negara-negara yang terlibat.
Brigedier Jeneral Desmond Tan berkata Latihan ADMM-Plus MS & CT menunjukkan komitmen semua negara-negara ADMM-Plus untuk menangani keselamatan maritim dan ancaman keganasan bagi memastikan kestabilan serta kemakmuran serantau.
Brigedier Jeneral Desmond Tan berkata Latihan ADMM-Plus MS & CT menunjukkan komitmen semua negara-negara ADMM-Plus untuk menangani keselamatan maritim dan ancaman keganasan bagi memastikan kestabilan serta kemakmuran serantau.

Beliau berkata penganjuran dan pengendalian latihan itu oleh Negara Brunei Darussalam adalah amat bagus sekali di mana ia berjalan dengan lancar dan semua pihak yang terlibat dengan latihan itu bagi pihak Brunei harus berasa bangga dengan kejayaan mereka mengendalikan latihan berskala besar itu.

“Ini menunjukkan bahawa Brunei sebagai sebuah negara dan sebagai hos berkemampuan untuk mengendalikan latihan bersama itu di mana di antara Brunei dan Singapura, kami mempunyai pengalaman lalu untuk digunakan dalam membantu kami bagi memahami serta memberikan sokongan kepada latihan itu.”

Brigedier Jeneral Desmond Tan menambah lagi bahawa Brunei dan Singapura mempunyai hubungan kerjasama dan persahabatan yang sudah sekian lama terjalin termasuk juga dalam bidang pertahanan dan ketenteraan di mana kedua-dua buah negara sering mengadakan latihan dua hala serta salin hormat-menghormati di antara satu sama yang lain.

Oleh itu, beliau berkata kedua-dua buah negara akan terus meneroka peluang bagi meningkatkan lagi kerjasama berkenaan.

pg12_160505_d

Antara aksi latihan ADMM-Plus MS & CT yang ditunjukkan oleh negara-negara yang terlibat.
Antara aksi latihan ADMM-Plus MS & CT yang ditunjukkan oleh negara-negara yang terlibat.

Manakala itu, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Berhormat Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah pula menekankan bahawa Negara Brunei Darussalam sebagai tuan rumah kali kedua sejak latihan pertama di bawah Eksesais Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana & Perubatan Tentera Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Plus (ADMM-Plus HADR & MM Ex) pada tahun 2013, ADMM-Plus MS & CT merupakan satu pencapaian yang sangat penting.

Menurut beliau, banyak lagi inisiatif-inisiatif lain masih dalam perancangan selain latihan kerjasama dengan pertahanan, langkah-langkah menangani ancaman keganasan terhadap keselamatan dan keamanan maritim juga dilaksanakan semasa latihan dijalankan melalui perkongsian maklumat daripada semua negara untuk membina keyakinan dan memantapkan kerjasama di antara negara-negara terlibat.

Walaupun setakat ini tiada kemalangan berlaku di kawasan maritim negara namun pengganasan merupakan satu ancaman yang tidak boleh dipandang rendah, beliau menekankan bahawa anggota keselamatan harus berwaspada kerana ia boleh terjadi pada bila-bila masa, jadi walaupun tidak berlaku, tidak semestinya ia tidak akan berlaku.

pg12_160505_f

Suasana di Maritime Security Task Force Headquarters dan Pusat Penyelaras Eksesais, Eksesais ADMM-Plus MS & CT, Pusat MNCC Muara.
Suasana di Maritime Security Task Force Headquarters dan Pusat Penyelaras Eksesais, Eksesais ADMM-Plus MS & CT, Pusat MNCC Muara.

pg12_160505_h

“Kami ambil kira keselamatan di wilayah ini, terutama perairan Negara Brunei Darussalam. Kawasan maritim adalah sangat kritikal bagi kita kerana kebanyakan aktiviti ekonomi bergantung di perairan negara, ini termasuk laluan penghantaran minyak dan gas serta industri perikanan, kesemua ini sangat penting untuk negara dan ianya harus diambil kira secara profesional dan efektif,” ujar beliau lagi semasa temu bual bersama media.

Apa yang beliau harapkan daripada eksesais ini adalah untuk mengambil pengalaman kerjasama bersama negara-negara terlibat di samping itu, mempelajari dari beberapa buah negara yang telah banyak mengambil peranan dalam memerangi pengganasan secara berterusan.

ARTIKEL YANG SAMA