Latihan antipengganas 21 dan 28 Mei ini

Latihan antipengganas 21 dan 28 Mei ini

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mei – Pasukan Polis Diraja Brunei memaklumkan kepada orang ramai bahawa Latihan Antipengganas yang melibatkan penggunaan bahan letupan akan diadakan pada 21 Mei dan 28 Mei nanti.

Dalam kenyataannya, di sini, hari ini, Pasukan Polis Diraja Brunei menjelaskan latihan berkenaan akan diadakan di dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Gadong bermula dari pukul 9 malam hingga 2 pagi.

Sehubungan itu, pihak polis mengingatkan mereka yang tinggal berdekatan dengan kawasan latihan itu untuk tidak menghampiri kawasan berkenaan dan untuk tidak merasa cemas semasa latihan dijalankan di mana latihan akan menggunakan bahan letupan serta bunyi tembakan sepanjang latihan dijalankan.

ARTIKEL YANG SAMA