Latihan besar-besaran AS, Korea Selatan

Latihan besar-besaran AS, Korea Selatan

POCHEON, Korea Selatan, 28 Ogos – Korea Selatan dan tentera Amerika Syarikat (AS) mengadakan latihan gabungan terbesar mereka hari ini, termasuk simulasi serangan mekanikal jauh ke dalam kawasan Korea Utara, hanya beberapa hari selepas kedua-dua Korea itu mengakhiri ketegangan kemelut tentera.

Latihan itu, diadakan dalam beberapa peringkat, menjangkakan provokasi Korea Utara, diikuti dengan pertempuran yang meningkat secara perlahan, dan menyerang balas serangan rentas sempadan yang memuncak.

Bandar berdekatan sempadan Poncheon dipilih menjadi tempat latihan, kira-kira 20 kilometer (12 batu) selatan zon bebas tentera (DMZ), yang mana memecahkan semenanjung Korea antara Utara dan Selatan.

“Dari segi amunisi dan anggota bergerak, ini merupakan latihan terbesar secara langsung tentera Korea Selatan pernah adakan sendiri atau gabungan bersama tentera AS,” jurucakap kementerian pertahanan memberitahu AFP. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA