Latihan dan bimbingan dalam produktif kerja

Latihan dan bimbingan dalam produktif kerja

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Kebanyakan syarikat latihan yang terdapat di Brunei tidak bergantung sepenuhnya terhadap tenaga pengajar dari dalam negara namun sebaliknya lebih cenderung untuk mengambil tenaga pengajar dari luar negara.

Namun perkara itu tidak berlaku kepada Syarikat Rhymin & Partners, sebuah syarikat tempatan yang menjalankan program latihan untuk pekerja-pekerja di Brunei, Malaysia dan juga Singapura.

Ditubuhkan pada bulan 2013 dan mula beroperasi sepenuhnya pada April 2014.

Sejak penubuhannya, syarikat tersebut berupaya memberikan bimbingan dan nasihat kepada lebih 20 buah syarikat kerajaan dan juga swasta seperti Kementerian Kewangan, Telekom Brunei Berhad, BAG Networks, Kementerian Pertahanan, BEDB, BIBD, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei, Kementerian Perhubungan, RTB, Sunlit Advertising, Syarikat-syarikat dalam industri minyak dan gas serta banyak lagi.

Selain itu, syarikat tersebut turut di undang oleh beberapa buah syarikat terkemuka di luar negara bagi memberikan bimbingan dan juga nasihat.

Awang Sairul Rhymin dan Stuart Lee ketika ditemui Media Permata.
Awang Sairul Rhymin dan Stuart Lee ketika ditemui Media Permata.

“Kami turut dijemput oleh syarikat-syarikat di Malaysia seperti Telekom Malaysia dan Kaspersky Malaysia,” jelas pengajar utama di syarikat tersebut, Stuart Lee.

Menurutnya, mereka dapat memberikan pelbagai bidang bentuk latihan seperti bimbingan, kemahiran, khidmat nasihat dan sebagainya namun fokus utama syarikat tersebut adalah mengenai ‘Getting Things Done’ (GTD) iaitu satu kursus francais yang berasal dari Amerika Syarikat.

“GTD adalah satu cara untuk menguruskan diri sendiri, bagaimana untuk menguruskan kerja anda sendiri. Setelah anda benar-benar dapat memahaminya, anda adalah lebih produktif daripada sebelumnya,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Rhymin & Partners, Awang Sairul Rhymin C.A. Mohamed.

Menurut Awang Sairul Rhymin, pada Ogos lalu, mereka telah ditugaskan oleh Kaspersky, sebuah syarikat antivirus, untuk melatih pejabat rantau mereka di Malaysia, juga mengenai program GTD.

Stuart Lee ketika menjalankan program GTD kepada Telekom Malaysia pada bulan Julai yang lalu.
Stuart Lee ketika menjalankan program GTD kepada Telekom Malaysia pada bulan Julai yang lalu.

“Kami melakukan semua ini kerana saya mendapati bahawa ketika saya berada di sekeliling, saya telah melihat dalam kalangan anak-anak muda kita, belia kita, dan seolah-olah ada sesuatu yang menarik setiap dalam diri saya untuk benar-benar membantu mereka mencapai keupayaan mereka untuk dapat berkomunikasi dengan baik dengan orang ramai, dan juga bagi mereka untuk dapat menjadi lebih produktif dan mampu untuk benar-benar menjadi lebih berkesan dalam ruang kerja mereka.

“Ini adalah salah satu teknik yang terbaik yang saya lihat setakat ini. Saya telah mencuba banyak dalam kerjaya saya yang meliputi 25 tahun, dan ini berlaku kepada menjadi yang paling mudah dan logik yang terbaik setakat ini yang pernah saya lihat,” kata Awang Sairul Rhymin.

“Kami berhasrat untuk berkembang, oleh itu salah satu perkara adalah untuk mengembangkan capaian kami dalam Malaysia. Kami baru menyentuh dua syarikat, akan tetapi terdapat banyak syarikat di Malaysia yang kami sebenarnya boleh berusaha mencapainya.

ARTIKEL YANG SAMA