Latihan futsal dipergiatkan

Latihan futsal dipergiatkan

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Feb – Liga Futsal NFABD 2016 yang buat kali keduanya dianjurkan oleh NFABD dan buat pertama kalinya dipecahkan menjadi dua peringkat liga iaitu Liga Super Futsal dan Liga Perdana Futsal dirancang bermula penghujung Mac 2016 nanti.

Sehubungan dengan itu, pasukan-pasukan yang layak menyertainya kini sedang giat mengadakan latihan dan perlawanan persahabatan sebagai persiapan menghadapi liga futsal tempatan berprestij berkenaan termasuk Arbisyam FC dan Syahkampong.

Kedua-dua buah pasukan yang akan bersaing dalam liga berbeza iaitu Liga Super Futsal untuk Arbisyam FC dan Liga Perdana Futsal untuk Syahkampong berkenaan telah pun mengadakan perlawanan futsal persahabatan.

Perlawanan persahabatan yang berlangsung selama dua jam berkenaan telah pun dijalankan di Gelanggang Futsal Arbisyam di Kampung Keriam, Tutong.

Pemain dan pihak pengurusan kedua-dua pasukan, Arbisyam FC (putih) dan Syahkampong (hijau) semasa bergambar ramai.
Pemain dan pihak pengurusan kedua-dua pasukan, Arbisyam FC (putih) dan Syahkampong (hijau) semasa bergambar ramai.

Dalam Liga Super Futsal, Arbisyam FC akan bersaing dengan sembilan pasukan lain iaitu juara Liga Futsal Brunei (BFL) 2015 Kota Junior, Shah United FC, MS ABDB, PBDB FT, Rizfiz FT, Street United FT, Pega Star FC, BIO FT (juara Futsal Piala Perdana 2015) dan Star Madang (naib juara Futsal Piala Perdana 2015).

Manakala dalam Liga Perdana Futsal, Syahkampong akan berentap dengan sembilan pasukan lain iaitu Mixed Star FT, Silveredz FT, BSRC FT, MBS Utd SC, 1st Five FT, BMB FT, Hi-Tune SC, Creativol dan XII Brothersl.