Latihan kebakaran di Pusat Al-Islah

Latihan kebakaran di Pusat Al-Islah

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 29 Sept – Bagi menangani situasi yang tidak diingini jika berlakunya kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat melalui cawangan Operasi ‘E’ Balai Bomba Tutong dengan kerjasama Pusat Al-Islah, Biro Kawalan Narkotik baru-baru ini mengadakan latihan baris mengosongkan bangunan Pusat Al-Islah di Jalan Kerakas Payau, Kampung Kupang, Tutong.

Seramai 173 orang termasuk 165 orang penghuni (residen) lelaki dan dari cawangan Operasi ‘E’ Balai Bomba Tutong dan Operasi Balai Bomba Lamunin yang diketuai oleh Pegawai Balai Halimahtul Halimah binti Abdullah Chin dari Bahagian Perhubungan Awam Balai Bomba Tutong berserta pegawai dan kakitangan Pusat Al-Islah telah menyertai latihan baris mengosongkan bangunan berkenaan.

Turut hadir dalam latihan malam itu ialah Penolong Pengarah/Komandan Pusat, Awang Zainol Adi bin Haji Ajmain.

Adapun tujuan latihan tersebut diadakan adalah untuk memberikan pendedahan yang berterusan kepada pihak Pusat Al-Islah dalam menangani situasi sebenar jika berlaku sebarang kebakaran dan memastikan para petugas serta penghuni dapat berhimpun di kawasan selamat (Assembly Point) dalam jangka masa singkat tidak lebih dari 3 minit.

Selain itu, latihan tersebut akan dapat meningkatkan kesedaran petugas-petugas dan penghuni tentang keperluan melakukan tindakan sewajarnya dengan tenang dan berdisiplin semasa kecemasan.

Antara pasukan yang terlibat dalam latihan kebakaran di bangunan Pusat Al-Islah.
Antara pasukan yang terlibat dalam latihan kebakaran di bangunan Pusat Al-Islah.

ARTIKEL YANG SAMA