Latihan Kecemasan Sepadu BSM

Latihan Kecemasan Sepadu BSM

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 6 Jun – Satu insiden kemalangan yang melibatkan kebakaran di Stesen Minyak Cahaya Pakatan, Tutong telah berlaku baru-baru ini dan melibatkan beberapa agensi seperti Brunei Shell Marketing (BSM), Pasukan Bomba dan Penyelamat dan Pasukan Polis Diraja Brunei untuk ikut serta dalam Latihan Kecemasan Sepadu Stesen Minyak Cahaya Pakatan.

Latihan Sepadu itu melibatkan beberapa ahli-ahli pihak BSM termasuk pekerja-pekerja minyak Shell, 13 anggota bomba yang diketuai oleh Pegawai Balai Bomba Tutong, Hamdani Sidek dan 10 orang anggota Daerah Polis Tutong.

Tujuan Latihan Kecemasan Sepadu itu diadakan adalah untuk membiasakan pihak stesyen minyak agar lebih bersedia, menguji kebolehan dan keupayaan pekerja-pekerja stesyen minyak jika terjadinya suatu kemalangan di stesen minyak.

Semasa Latihan Kecemasan Sepadu Stesen Minyak Cahaya Pakatan dijalankan.
Semasa Latihan Kecemasan Sepadu Stesen Minyak Cahaya Pakatan dijalankan.

Latihan kecemasan Sepadu ini merupakan kali ke-3 diadakan oleh pihak BSM di seluruh daerah. Dengan adanya latihan kecemasan Sepadu ini, orang ramai diharap akan dapat memberikan kerjasama dengan pihak-pihak tertentu agar pihak bomba dan agensi-agensi keselamatan lain dapat bertindak dengan pantas dan teratur.

Turut hadir semasa Latihan Kecemasan Sepadu itu ialah Pengarah Urusan Stesen Minyak Pakatan, Haji Mohd Zain bin Tengah.

ARTIKEL YANG SAMA