Latihan keselamatan bersepadu 13 Julai ini

Latihan keselamatan bersepadu 13 Julai ini

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Julai – Pasukan Polis Diraja Brunei dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan mengadakan latihan keselamatan bersepadu pada 13 Julai 2016 ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei, hari ini, menjelaskan bahawa latihan berkenaan akan bermula pada pukul 11:45 malam hingga 2:30 pagi di kawasan Bandar Seri Begawan.

Sehubungan itu, orang ramai dan pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati semasa memandu di kawasan di mana latihan dijalankan pada tarikh dan waktu tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA