‘Latihan misil’ punca tembakan maut

‘Latihan misil’ punca tembakan maut

TAIPEI, 29 Ogos – Seorang pegawai tentera laut Taiwan tidak diselia yang memutuskan untuk mengadakan ujian dengan pelancar misil dan secara tidak sengaja melepaskan tembakan ke arah China adalah salah seorang daripada tiga orang yang didakwa hari ini ke atas insiden yang meragut jiwa.

Kejadian tembakan salah ‘pesawat pembunuh’ supersonik itu bulan lalu mencemarkan imej tentera, memalukan presiden baru, Tsai Ing-wen dan membangkitkan kemarahan Beijing.

Misil Hsiung-feng III (Brave wind) terkena sebuah kapal pukat tunda Taiwan, membunuh juragan dan mencederakan tiga kru yang lain.

Kejadian salah tembak itu – kesilapan terbesar tentera sejak Tsai yang ragu dengan Beijing, berkuasa pada Mei lalu – mencetuskan kemarahan di Taiwan dan mengakibatkan kritikan tajam dari China.

Pendakwa di selatan bandar pelabuhan, Kaoshing hari ini mendedahkan bahawa pegawai tentera laut, Kao Chia-chun ditinggalkan bersendirian dalam bilik kawalan selama tujuh minit.

Kao memutuskan untuk berlatih tanpa penyeliaan, biarpun sistem berada dalam ‘mod gempur’, kata pendakwa dalam kenyataan yang menandakan tamatnya penyiasatan mereka. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA