Latihan penalti Poland buahkan hasil

Latihan penalti Poland buahkan hasil

SAINT-ETIENNE, 26 Jun (AP) – Latihan demi latihan yang dijalankan oleh Poland dalam situasi penentuan penalti membuahkan hasil apabila berjaya menundukkan Switzerland dalam pusingan 16 terakhir, semalam.

Bergelut dalam tempoh yang lama selepas Switzerland bangkit daripada ketinggalan, Poland lebih menumpukan kekebalan di bahagian pertahanan sekali gus menyaksikan mereka terus kekal dalam saingan kejohanan Eropah.

Strategi yang berhasil, Poland mara ke suku akhir Kejohanan Eropah buat kali pertama selepas menyempurnakan kesemua sepakan untuk menyingkirkan Switzerland dengan 5-4 pada penentuan penalti.

“Persediaan untuk perlawanan ini, kami cuba meningkatkan kemahiran mengambil sepakan penalti dan kami tahu mereka boleh mengambil peluang terbaik itu,” kata jurulatih Poland, Adam Nawalka.

Lewandowski ketika membuat jaringan dalam penentuan penalti perlawanan tersebut.  – AFP
Lewandowski ketika membuat jaringan dalam penentuan penalti perlawanan tersebut. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Kami tahu lima pemain akan mengambil sepakan. Penuh emosi apabila beraksi lama dan kami perlu memilih pemain yang yang masih mahu mengambil sepakan penalti. “Semua pemain mahu mengambil penalti dan kesemua lima sepakan mereka sempurnakan.”

Poland akan berdepan Portugal dalam saingan suku akhir pada Jumaat ini di Marseille, pencapaian terbaik mereka dalam kejohanan utama sejak mara ke separuh akhir ketika Piala Dunia di Sepanyol 1982.