Latihan perang bermula

Latihan perang bermula

MANILA, 4 April (AFP) – Pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) dan Filipina memulakan latihan besar hari ini ketika media kerajaan China memberi amaran kepada ‘orang luar’ tentang campur tangan dalam pertikaian tegang wilayah Laut China Selatan.

Agensi berita rasmi Xinhua memberi amaran ketika Manila dan Washington melancarkan latihan 11 hari Balikatan dengan majlis perasmian sederhana di Manila.

Setiausaha Pertahanan AS Ash Carter akan terbang ke Filipina minggu depan untuk memerhati tembakan menggunakan peluru-peluru hidup dan melawat kapal Tentera Laut AS yang terlibat dalam latihan.

Kira-kira 5,000 tentera menyertai bersama-sama hampir 4,000 tentera Filipina dan 80 tentera dari Australia.

“Latihan itu memperlihatkan usaha Manila baru-baru ini untuk melibatkan pihak luar dalam pertikaian serantau,” menurut agensi rasmi China, Xinhua itu dalam komentar.

Tentera AS dan Filipina, bersama anggota atase yang melawat, memberi tabik hormat ketika bendera kedua-dua negara diarak semasa majlis pembukaan latihan bersama 11 hari eksesais tentera Balikatan di Manila pada 4 April. – AFP
Tentera AS dan Filipina, bersama anggota atase yang melawat, memberi tabik hormat ketika bendera kedua-dua negara diarak semasa majlis pembukaan latihan bersama 11 hari eksesais tentera Balikatan di Manila pada 4 April. – AFP

Ia mengatakan Jepun yang menghantar sebuah kapal selam pada lawatan ke Filipina hujung minggu lalu, dan Australia.

“Bagaimanapun, provokasi yang mengundang ketakutan dan tidak kena pada masanya mungkin berbalik kepada pihak mengambil langkah utama,” tambah Xinhua lagi

“Negara besar dengan minat penting di Asia, AS seharusnya terlebih dahulu menjelaskan sasaran paksinya kepada strategi Asia yang setakat ini hanyalah memperlihatkan ketidaktekalan yang tidak berprinsip antara perbuatan yang mengundang ketakutan dan kata-kata yang cintakan keamanan.”

China menuntut hampir kesemua Laut China Selatan, di sebalik tuntutan balas sebahagian oleh Brunei, Malaysia, Taiwan, Vietnam dan Filipina.

Beberapa tahun kebelakangan ia telah membina struktur besar termasuklah sistem radar dan padang terbang di terumbu karang yang ditebus guna, yang mencetuskan kebimbangan antarabangsa ia boleh mengenakan kawalan ketenteraan ke atas keseluruhan kawasan.

AS tidak memihak mana-mana pihak dalam pertikaian wilayah tetapi menegaskan pentingnya mengekalkan keterbukaan laluan laut dan udara.

ARTIKEL YANG SAMA