Latihan Regatta Brunei 2016

Latihan Regatta Brunei 2016

Oleh Fizah HAB

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Ogos – Beberapa pasukan telah membuat persiapan kelmarin pada sesi latihan kedua regatta sempena Regatta Brunei Darussalam 2016 yang akan berlangsung tidak lama lagi di Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan.

Hadir menyertai latihan tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, bersama Jawatankuasa Regatta Brunei Darussalam 2016 yang juga ikut serta dalam menyelia acara berkenaan.

Sidang akhbar akan diadakan esok bagi mengetahui perkembangan persiapan Regatta Brunei Darussalam 2016.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar bersama Ahli Jawatankuasa Regatta Brunei Darussalam 2016 semasa latihan dijalankan.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar bersama Ahli Jawatankuasa Regatta Brunei Darussalam 2016 semasa latihan dijalankan.

 

ARTIKEL YANG SAMA