Latihan Regatta giat dilaksanakan

Latihan Regatta giat dilaksanakan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Ogos – Bersempena Regatta Brunei Darussalam yang bakal diadakan 21 Ogos ini, lima buah pasukan telah mengadakan latihan berasingan di Sungai Brunei bermula di Jeti Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan, hari ini.

Antara yang terlibat adalah Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Brunei Darussalam, Marina B. Laker yang menyertai pasukan barisan Pesuruhjaya-pesuruhjaya tinggi serta kedutaan-kedutaan dan ahli diplomatik yang berada di negara ini.

“Saya sangat teruja dengan perlumbaan kali in apatah lagi dengan penyertaan dua lagi pekayuh wanita yang terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi India ke Brunei Darussalam, (Nagma M.Mallick) dan Duta Besar Jepun ke Negara Brunei Darussalam, (Noriko Iki) dan ini membuktikan kemampuan wanita untuk sama-sama bersaing didalam perlumbaan seperti ini.” tegasnya.

Marina B. Laker selaku ketua pasukan berbincang bersama rakan sepasukannya yang terdiri daripada pesuruhjaya-pesuruhjaya tinggi dan duta-duta besar serta ahli diplomatik di Negara Brunei Darussalam ketika mengadakan latihan regatta di Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan, kelmarin.
Marina B. Laker selaku ketua pasukan berbincang bersama rakan sepasukannya yang terdiri daripada pesuruhjaya-pesuruhjaya tinggi dan duta-duta besar serta ahli diplomatik di Negara Brunei Darussalam ketika mengadakan latihan regatta di Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan, kelmarin.

Beliau yang sememangnya gemar sukan kayak dan perahu itu berkata bahawa beliau aktif menyertai sukan itu ketika di Kanada sebelum ini dan berasa sangat gembira apabila beliau berpeluang menyertai acara itu di negara ini dalam perahu yang berlainan coraknya berbanding yang biasa disertainya sebelum ini.

Mengulas mengenai peluang tahun ini beliau berkata: “Kami membuat persiapan awal untuk mencabar saingan besar kami iaitu pasukan setiausaha-setiausaha tetap dan kami pasti akan memberikan saingan yang sengit kepada mereka,” sambil tersenyum.

Pasukan lain yang terlibat dalam latihan hari ini adalah pasukan daripada kategori perlumbaan khas, pasukan setiausaha-setiausaha tetap dan pasukan penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung.

ARTIKEL YANG SAMA