Latihan tangani situasi cemas

Latihan tangani situasi cemas

Oleh Lyna Mohamad

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Ogos – Para pensyarah dan ahli-ahli majlis pelajar penggal 2016 Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa (KIGS) yang merupakan ahli-ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Brunei Darussalam telah menyertai program latihan pertolongan cemas yang diadakan di premis kolej berkenaan, di Kiulap, hari ini.

Antara yang hadir ialah Pembantu Ketua Teknologi Maklumat di KIGS, yang juga merupakan Pengerusi PBSM KIGS, Dayang Siti Nosyrah binti Mat Nayan.

Latihan berkenaan, antara lain bermatlamat untuk melengkapkan para pelajar dengan pengetahuan asas mengenai pertolongan cemas, diisi dengan latihan praktikal bagi membolehkan mereka diiktiraf PBSM Brunei Darussalam, membangunkan keyakinan diri dalam kalangan ahli-ahli majlis pelajar dalam menangani kes-kes kecemasan di kolej dan memotivasikan serta mempromosikan semangat kesukarelawan dalam kalangan mereka.

Di akhir latihan, para pelanggan berkenaan akan dapat menggunakan pengetahuan pertolongan cemas mereka secara teori dan praktikal pada masa akan datang terutamanya apabila berhadapan dengan kes kecemasan yang memerlukan rawatan pertolongan cemas awal.

Hadir bagi mengendalikan latihan adalah Ketua Kesihatan dan Perubatan PBSM Brunei Darussalam, Haji Mohd Hilmand bin Haji Johari dan pelajar alumni KIGS, Awang Abdul Muntaqim bin Isa.

ARTIKEL YANG SAMA