Latihan tembak awal Ogos ini

Latihan tembak awal Ogos ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Julai – Pasukan Polis Diraja Brunei memaklumkan bahawa pihak mereka akan mengadakan latihan tembak pada 3, 4 dan 6 Ogos depan dari pukul 7 pagi hingga 5 petang di kawasan Padang Tembak Pasukan Polis Diraja Brunei, Jalan Aman.

Sehubungan itu, orang ramai yang tinggal berdekatan diminta supaya tidak menghampiri kawasan tersebut dan tidak merasa cemas dengan bunyi tembakan pada tarikh-tarikh berkenaan, kerana latihan akan menggunakan bahan letupan peluru hidup.

ARTIKEL YANG SAMA