Latihan tembak mula Jun ini

Latihan tembak mula Jun ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mei – Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) memaklumkan bahawa mereka akan menjalankan latihan tembak senjata (peluru hidup) bagi anggota pangkat rendah pada 1, 2 dan 4 Jun depan di kawasan Padang Tembak, PDB, Jalan Aman, Muara.

Sepanjang tiga hari itu, latihan akan diadakan dari jam 7:30 pagi hingga 5 petang, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Brunei, hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang tinggal berdekatan dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan tersebut dan tidak merasa cemas dengan bunyi letupan dan tembakan kerana latihan akan menggunakan bahan letupan dan peluru hidup.

ARTIKEL YANG SAMA