Latihan tentera 3 negara di laut Filipina

Latihan tentera 3 negara di laut Filipina

NEW DELHI, 3 Mac (Reuters) – India, Amerika Syarikat dan Jepun akan mengadakan latihan tentera laut di perairan di luar utara Filipina berhampiran Laut China Selatan pada tahun ini, kata tentera AS semalam, satu tindakan yang mungkin menambah lagi ketegangan dengan China.

Pengumuman itu keluar sehari selepas Amerika Syarikat mengingatkan China terhadap penenteraan Laut China Selatan, di mana Beijing terbabit dalam perbalahan wilayah dengan beberapa negara, berkata ia akan menerima akibatnya.

Pada tahun lalu, India dan Amerika Syarikat mengembang latihan tentera laut tahunan mereka di Teluk Bengal untuk memasukkan Jepun selepas jurang selama lapan tahun, dalam satu tindakan yang dilihat sebagai respon kepada sifat pendesak China yang meningkat di rantau.

Laksamana Harry B. Harris, ketua Pusat Ketumbukan Pasifik AS, berkata latihan tentera laut akan diadakan di utara Laut Filipina dan Jepun akan mengambil bahagian. Kebebasan laut merupakan hak asas kesemua negara, beritahu beliau pada persidangan keselamatan di New Delhi, menambah beberapa kritikan terhadap Beijing.

“Sementara beberapa negara berusaha membuli negara lebih kecil menerusi ugutan dan paksaan, saya kagum dengan contoh penyelesaian perbalahan yang aman oleh India dengan negara jiran di perairan Lautan India,” kata beliau.

Ketegangan di Laut China Selatan telah meningkat baru-baru ini, dengan Amerika Syarikat dan yang lain membantah penebusgunaan tanah Beijing, serta penghantaran peluru berpandu permukaan bumi-ke-udara dan jet pejuang di Pulau Paracels baru-baru ini.

Selain daripada China dan Filipina, Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam juga mempunyai tuntutan ke atas perairan itu, di mana perdagangan bernilai AS$5 trilion melaluinya setiap tahun.

Harris berkata Amerika Syarikat ingin mengembang latihan tentera laut yang diadakannya dengan India setiap tahun kepada operasi bersama di seluruh Asia-Pasifik, yang mungkin membabitkan India dalam perbalahan di Laut China Selatan. Kedua-dua negara telah mengadakan rundingan mengenai rondaan tentera aut bersama dan pada bulan lalu, seorang pegawai pertahanan AS memberitahu Reuters bahawa ia mungkin termasuk Laut China Selatan.

ARTIKEL YANG SAMA