Latihan tentera bersama tanda pemulihan hubungan

Latihan tentera bersama tanda pemulihan hubungan

BANGKOK, 24 Nov (Reuters) – Tentera Thailand mengadakan satu pameran udara dengan China hari ini sebelum latihan bersama dalam satu tanda pemulihan hubungan, tetapi Thailand berkata ia tidak menjauhkan dirinya daripada Amerika Syarikat yang menurun taraf hubungan tentera mereka ekoran satu rampasan kuasa pada 2014.

Lima buah kapal terbang tentera Thai dan China membuat persembahan aerobatik untuk media, terbang kira-kira 3,000 kaki daripada permukaan bumi di Pangkalan Tentera Udara Diraja Korat, kira-kira 260 km dari timur laut Bangkok.

Pada Khamis dan Jumaat, tentera udara China dan Thai akan menjalankan latihan pertama mereka yang dikatakan oleh China bertujuan menambah ‘kepercayaan dan persahabatan bersama’.

Sejak satu rampasan kuasa pada Mei 2014, jeneral tentera Thailand telah berusaha untuk mengimbang hubungan negara dengan Washington dan melancarkan satu serangan ke atas jiran mereka di utara.

“Thailand telah mendesaknya untuk satu tempoh masa,” beritahu Marsyal Udara Bhanupong Seyayongka, pengarah operasi untuk Tentera Udara Diraja Thai, kepada Reuters.

Tiga pesawat J-10 China milik Tentera Udara China dalam formasi dekat ketika latihan bersama tentera Thailand di pangkalan udara Korat. – AFP
Tiga pesawat J-10 China milik Tentera Udara China dalam formasi dekat ketika latihan bersama tentera Thailand di pangkalan udara Korat. – AFP

“Kami telah mengkaji pelan ini untuk masa yang lama.”

AS mengkritik rampasan kuasa itu dan menurun taraf latihan tentera bersama dan latihan dengan Thailand berkata mereka akan diteruskan sebaik sahaja pilihan raya umum diadakan.

Perjanjian yang dicapai baru-baru ini di antara China dan Thailand termasuk satu rancangan oleh tentera laut Thailand untuk membeli kapal selam bernilai AS$1 bilion daripada China dan satu projek untuk membina landasan kereta api dari selatan China menerusi Laos ke Thailand.

Pelancongan China ke Thailand dijangka mencecah 7 juta pada tahun ini, meningkat daripada 4.63 juta pada tahun lalu, meskipun satu serangan bom di satu tempat pelancong utama di Bangkok pada Ogos.

ARTIKEL YANG SAMA