Latihan tentera Northern Thunder berakhir

Latihan tentera Northern Thunder berakhir

BANDAR TENTERA RAJA KHALID, Arab Saudi, 11 Mac (AFP) – Pesawat perang berdengung di udara, kereta-kereta kebal berderam-derum di seluruh padang pasir dan kepulan-kepulan asap memenuhi ruang langit kelmarin ketika peringkat akhir dalam apa yang Arab Saudi anggap sebagai latihan tentera yang paling terbesar di rantau itu.

Kira-kira 20 buah negara dari Timur Tengah, Afrika dan Asia telah mengambil bahagian pada hari terakhir latihan yang digelar ‘Northern Thunder’ di padang pasir utara kerajaan itu, yang bermula 12 hari yang lalu.

Para pemimpin serantau termasuk Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, Presiden Sudan, Omar al-Bashir dan Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif menyertai Raja Arab Saudi, Salman untuk menghadiri acara penutup itu, kata agensi berita rasmi Saudi.

Diadakan berhampiran bandar Hafr al-Batin di timur laut Arab Saudi, dekat dengan sempadan Kuwait dan Iraq, latihan itu “paling penting dan terbesar dalam sejarah rantau tersebut,” menurut pihak berkuasa Saudi.

Perdana Menteri dan Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu dan Pemerintah Dubai Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum (kanan), Perdana Menteri Pakistani Nawaz Sharif (tiga, kanan), Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi (empat, kanan), dan Raja Saudi Raja Salman (lima, kanan) menyaksikan latihan Northern Thunder di Hafr Al-Batin, berhampiran sempadan Arab Saudi dan Iraq, pada 10 Mac. – Reuters

Pertempuran olok-olok selama dua jam itu bercirikan jet pejuang, serangan helikopter dan kereta kebal adalah di antara acara terakhir latihan itu, yang Arab Saudi gambarkan sebagai satu pertunjukan bagi perpaduan serantau.

Riyadh telah mengamalkan dasar asing yang lebih mendesak sejak Salman menaiki takhta awal tahun lepas berikutan kemangkatan abang tirinya Raja Abdullah.

Ia mengetuai pasukan gabungan Arab dalam memerangi pemberontak di Yaman, mengambil bahagian dalam serangan udara diketuai AS menentang kumpulan Islamic State (IS) dan menawarkan untuk menghantar pasukan khas untuk menentang IS di Syria.

ARTIKEL YANG SAMA