Latihan tentera Taiwan ekoran ketegangan China

Latihan tentera Taiwan ekoran ketegangan China

KAOHSIUNG, Taiwan, 27 Jan – Taiwan telah melancarkan latihan ketenteraan hari ini bersama ketua-ketua tentera laut yang memberi jaminan kepada para penduduk bahawa pulau itu selamat, ketika kebimbangan meningkat bahawa ketegangan akan bertambah dengan China selepas pilihan raya presiden baru-baru ini.

Latihan itu adalah yang pertama sejak Tsai Ing-wen dari parti Progresif Demkoratik (DPP), yang pewaham terhadap China, meraih kemenangan dalam pilihan raya awal bulan ini.

Beliau menyingkirkan parti memerintah yang mesra Beijing, Parti Kuomintang (KMT), dan menamatkan lapan tahun pemulihan hubungan baik dengan China yang tidak pernah dibuat sebelum ini.

Hari ini, tentera laut Taiwan memperagakan lapan kapal perang dan melepaskan api dari korvet peluru berpandu ketika latihan di perairan Tsoying di selatan Taiwan, tempat terletaknya pangkalan ibu pejabat tentera laut pulau itu.– AFP

Para wartawan mengambil gambar kapal pemusnah Kidd, berhampiran kapal Panshi buatan Taiwan semasa latihan tentera di luar pangkalan tentera laut di pelabuhan Kaohsiung, Taiwan,  27 Januari. – Reuters
Para wartawan mengambil gambar kapal pemusnah Kidd, berhampiran kapal Panshi buatan Taiwan semasa latihan tentera di luar pangkalan tentera laut di pelabuhan Kaohsiung, Taiwan, 27 Januari. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA