Laura Massaro jadi pemain nombor satu Skuasy

Laura Massaro jadi pemain nombor satu Skuasy

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) – Pemain England Laura Massaro melonjak ke kedudukan nombor satu dunia sementara Nicol David dari Malaysia kekal di tempat ketiga.

Menurut Pertubuhan Skuasy Profesional (PSA), pemain berusia 32 tahun itu menjadi atlet England ketiga untuk merangkul kedudukan pertama dunia selepas memintas atlet Mesir Raneem El Welily dalam senarai Ranking Dunia Wanita PSA 2016.

Atlet Inggeris itu telah memperoleh tiga gelaran Jelajah Dunia PSA dan bersaing dalam empat daripada lima perlawanan akhir untuk melonjak ke persada dan menjadi pemain nombor satu Dunia buat pertama kali sepanjang kerjayanya, mengikuti jejak rakan senegara Cassie Jackman (2004) dan Lisa Opie (1988).

Massaro menjamin tempatnya di puncak Ranking Dunia dengan kemenangan ke atas Raneem El Welily, yang menduduki kedudukan itu dari September hingga Disember, apabila Raneem tewas kepada saingan sepanjang masa Nicol dalam perlawanan separuh akhir Terbuka Hong Kong.

Laura Massaro yang kini melonjak ke kedudukan nombor satu dunia sukan Skuasy.
Laura Massaro yang kini melonjak ke kedudukan nombor satu dunia sukan Skuasy.

“Perlawanan di antara Raneem, Nicol dan saya sendiri adalah satu yang menarik namun terdapat banyak pemain di 10 teratas yang berupaya untuk memenangi perlawanan besar dan memenangi gelaran-gelaran, yang membuat ketidakpastian dalam kejohanan-kejohanan ketika ini dari sebelumnya,” kata Massaro.

Sementara itu, pemain nombor dua Malaysia Delia Arnold naik dua kedudukan di tempat ke-16 dan Low Wee Wen, yang dalam proses pemulihan kecederaan lutut pada April, di kedudukan ke-30.

Dalam kategori lelaki pula, Mohd Nafiizwan Adnan di tempat ke-34.

ARTIKEL YANG SAMA