Laut bergelora di perairan Sabah, Labuan Rabu ini

Laut bergelora di perairan Sabah, Labuan Rabu ini

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) – Angin kencang selaju 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ketinggian ombak mencecah 3.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat) dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula Rabu hingga Sabtu depan.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya hari ini berkata keadaan sama juga dijangka berlaku di perairan Condore, Reef North, Layang-layang, Palawan dan Labuan pada tempoh itu.

Keadaan itu adalah berbahaya kepada kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.