LaVine ketuai Bulls tumpaskan Magic

LOS ANGELES, 13 Feb – Sumbangan terbesar Zach LaVine muncul pada dua minit terakhir perlawanan dengan menyaksikan Pasukan Chicago Bulls menewaskan Pasukan Orlando Magic 105-101 semalam.

LaVine menghentikan kesukaran bagi menghasilkan dunk menarik untuk memecahkan kedudukan 101-101 kemudian melakar kemenangan menerusi dua lontaran bebas buat Bulls, dengan mencatatkan kemenangan biarpun melepaskan pendahuluan 18 mata pada pusi-ngan suku keempat.

LaVine menamatkan dengan jaringan 18 mata sementara Lauri Markkanen menghasilkan 21 mata ketika Chicago memenangi perlawanan kedua berturut-turut mereka selepas tewas untuk kali ke tujuh berturut –turut.

LaVine merampas hantaran Jonathan Simmons dengan perlawanan berbaki 15 saat dan menamatkannya dengan slam. Dia menambah lontaran bebas selepas Mario Hezonja terlepas three-pointer.

“Saya cuba beraksi secara agresif menerusi serangan,” kata LaVine.

“Saya tidak mencuba untuk meneruskannya untuk mendapatkan steal dan berjaya keluar dengan kedudukan, tetapi ia terbuka seperti yang saya lakukan.

“Saya berupaya melakukannya. Anda perlu menyelesaikannya. Semua orang mahu mendapatkan bola di tangan mereka pada akhir perlawanan. Tetapi anda perlu memiliki keyakinan dan keupayaan untuk melakukannya. Dan saya rasa saya telah berjaya.”

Sementara itu, Bobby Portis menambah 19 mata dan tujuh rebounds dan Jerian Grant mencatatkan 14 mata dan tujuh asis dalam kemenangan tersebut.

Hezonja mendahului Orlando dengan 24 mata, dan Evan Fournier menjaringkan 22 mata.

Pasukan Bulls dilihat menghampiri kemenangan selepas mendahului 11-0 yang memastikan mereka melebarkan pendahuluan 93-75 dengan perlawanan hanya berbaki lapan minit. – AFP