Lawan Blatter cuba bersatu

Lawan Blatter cuba bersatu

MANAMA, 1 Mei (AFP) – Calon presiden FIFA, Michael van Praag dan Luis Figo semalam terbuka bagi kemungkinan pengunduran strategik untuk menyatukan undian menentang ketua semasa, Sepp Blatter.

Bercakap pada kongres Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) di Bahrain, sama ada akan menolak pilihan itu walaupun mereka bertegas ia tidak akan dibincangkan.

Van Praag, Figo dan Putera Ali bin al Hussein dari Jordan digambarkan menjadi sebahagian daripada sokongan yang dinikmati Blatter yang akan memburu kemenangan besar pada 29 Mei. Van Praag dan Figo yang duduk bersebelahan pada kongres selama lima jam itu tetapi bos FA dari Belanda itu berkata dia tidak membincangkan sebarang strategi undian bersama bekas Galatico Real Madrid.

“Saya tidak akan membincangkan melalui media…jika ia berbaloi untuk perbincangan, okey, jika bermesyuarat kami boleh membincangkannya. Tetapi saya tidak akan membincangkannya melalui (media),” dia memberitahu AFP.

Figo memberikan respons kabur apabila ditanya mengenai prospek salah seorang atau lebih calon yang menarik diri, dengan memberikan gambaran ia mungkin dipertimbangkan.

“Jika saya memberitahu anda kebenarannya, saya tidak tahu apa yang akan berlaku. Anda tahu di dunia ini, segala-galanya boleh berlaku dan saya tidak tahu apa yang akan berlaku esok,” katanya. Blatter, 79, kerap dikritik di luar persekutuan bola sepak kebangsaan tetapi menikmati sokongan kuat di kalangan ahli FIFA, yang menjadikannya calon pilihan untuk penggal kelima.

Van Praag dan Figo ditinggalkan dalam keadaan kecewa di Manama apabila mereka tidak dibenarkan membuat ucapan dalam kongres Asia, tidak seperti Blatter yang diberikan laluan untuk berucap panjang lebar.

ARTIKEL YANG SAMA