Lawan dari Sepanyol terus hantui Guardiola

Lawan dari Sepanyol terus hantui Guardiola

MUNICH, 4 Mei (AFP) – Pep Guardiola menganggap tempoh tiga tahunnya di Bayern Munich sebagai satu kegagalan apabila sekali lagi kecundang bagi mengemudi kelab dari Bavaria itu ke pentas final Liga Juara-Juara.

Bayern tewas 1-0 pada separuh akhir pertama di Sepanyol namun menang 2-1 dalam timbal balik kedua di Munich pagi tadi namun Atletico Madrid memenanginya menerusi jaringan gol di laman lawan.

Gol kemenangan Atletico menerusi Antoine Griezmann merubah atmosfera di Allianz Arena dengan perlawanan tamat dengan keputusan 2-2 secara agregat. Xabi Alonso dan Robert Lewandowski masing-masing menjaringkan gol buat Bayern pada perlawanan yang turut menyaksikan kedua-dua pasukan banyak melepaskan peluang penalti di Munich.

Bayern sekali lagi ditunjuk jalan keluar pada separuh akhir saingan Eropah oleh pasukan lawan dari Sepanyol selepas tewas kepada Barcelona pada 2015 dan Real Madrid (2014).

Guardiola ketika ditanya sekiranya dia menyifatkan tugasnya di Munich sebagai satu kegagalan meskipun menjuarai lima trofi termasuk dua gelaran di liga Jerman, dia berkata: “Iya, dari sudut selepas apa yang kami juarai.

Aksi Guardiola semasa menyaksikan perlawanan pasukannya menentang Atletico di Munich. Beliau menganggap tempoh tiga tahunnya di Bayern Munich sebagai satu kegagalan apabila sekali lagi kecundang bagi mengemudi kelab dari Bavaria itu ke pentas final Liga Juara-Juara. - AFP
Aksi Guardiola semasa menyaksikan perlawanan pasukannya menentang Atletico di Munich. Beliau menganggap tempoh tiga tahunnya di Bayern Munich sebagai satu kegagalan apabila sekali lagi kecundang bagi mengemudi kelab dari Bavaria itu ke pentas final Liga Juara-Juara. – AFP

“Adalah menjadi sasaran saya untuk menjuarai Liga Juara-Juara bersama Bayern selepas melakukannya bersama Barcelona (2009 dan 2011).

“Kita sudah membantu pemain, mungkin ia tidak mencukupi tetapi ia adalah sesuatu yang amat penting buat saya. Saya memberikan segala-galanya buat kelab ini, saya berusaha sebaik mungkin, manusia boleh bercakap apa yang dimahukan tetapi adalah satu penghormatan untuk bekerja bersama pemain ini.”

Sementara itu, Bayern mampu menjadi pasukan pertama meraih gelaran liga Jerman buat kali keempat berturut-turut sekiranya menewaskan Ingolstadt Sabtu ini sebelum bertemu Borussia Dortmund di final Piala Jerman, 21 Mei ini.

Apapun, Guardiola yang bakal mengemudi Manchester City musim depan berkata, peluang untuk meraih gelaran berganda saingan domestik itu masih belum dapat membalut luka kekecewaan tersingkir di separuh akhir Liga Juara-Juara.

ARTIKEL YANG SAMA