Lawatan Beijing ‘tidak disenangi’

Lawatan Beijing ‘tidak disenangi’

HONG KONG, 18 Mei (AFP) – Penunjuk perasaan Hong Kong berang dengan lawatan yang diadakan oleh pegawai tertinggi Beijing, melaungkan slogan–slogan pro demokrasi dan meminta bagi pilihan raya bebas hari ini tetapi dihindarkan dari perbincangan yang dilihat sebagai usaha untuk menghubungkan perpecahan politik yang meningkat.

Lawatan selama tiga hari oleh Zhang Dejiang, yang mempengerusikan badan perundangan yang dikawal oleh komunis China, adalah yang pertama dari pegawai kanan seperti itu dalam tempoh empat tahun dan hadir ketika kebimbangan meningkat di mana kebebasan berada di bawah ancaman di Hong King yang separa autonomi ketika Beijing mengukuhkan cengkamannya.

Walaupun lawatan Zhang adalah alasan bagi persidangan ekonomi, secara meluasnya dilihat sebagai misi untuk berdamai dan peluang untuk melihat sama ada Beijing seharusnya menyokong pemimpin tidak popular bandar itu, Leung Chun-ying bagi penggal kedua. Ia berlaku kekecewaan terhadap kekurangan reformasi yang mencetuskan pergerakan bebas, yag dibidas oleh pihak berkuasa di Hong Kong dan China.

Tetapi pesaing telah mengkritik Zhang bagi apa yang mereka gelar “penghargaan” diplomasi dan membidas pihak berkuasa Hong Kong kerana meletakan sebahagian dari bandar raya itu ke dalam kawalan keselamatan bagi lawatannya.

Seorang aktivis pro-demokrasi (kanan), mengibarkan sepanduknya dan melaungkan slogan terhadap penunjuk perasaan prokerajaan (kiri), di luar pusat konvensyen di mana Zhang Dejiang memberi ucapan semasa lawatannya ke Hong Kong kelmarin. – AP
Seorang aktivis pro-demokrasi (kanan), mengibarkan sepanduknya dan melaungkan slogan terhadap penunjuk perasaan prokerajaan (kiri), di luar pusat konvensyen di mana Zhang Dejiang memberi ucapan semasa lawatannya ke Hong Kong kelmarin. – AP

Jalan-jalan raya sekitar hotel Zhang dan pusat konvension yang menghoskan persidangan ekonomi telah ditutup dengan penghadang yang dipenuhi air dan para penunjuk perasaan dilencongkan ke kawasan –kawasan dikhaskan, tidak dapat dilihat.

Sekitar 100 penunjuk perasaan mengadakan rapat menuju salah satu kawasan itu pagi tadi sebelum persidangan dimulakan, yang dikalahkan dengan kehadiran jumlah polis – beribu dari mereka bergerak untuk melindungi Zhang.

Mereka meminta bagi “menamatkan dictator”, pilihan raya bebas penuh, dan pembebasan Liu Xiaobo, pemenang Nobel kedamaian China yang dipenjarakan di tanah beasr, begitu juga dengan pemimpin bandar raya itu yang meletak jawatan, Leung. Seorang wanita dipindahkan oleh polis ketika dia mengibarkan bendera besar Tibet di salah satu penghadang.