Lawatan Biden dicemari serangan

Lawatan Biden dicemari serangan

TEL AVIV, 9 Mac (AFP) – Dua warga Palestin melepaskan tembakan ke sebuah bas dan berhampiran Bandar Lama Baitulmuqaddis hari ini, mencederakan seorang, ketika serangan meningkat itu merosakkan lawatan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.

Enam serangan berasingan telah berlaku sejurus sebelum atau selepas ketibaan Biden kelmarin, termasuk amukan tikaman di dermaga Tel Aviv oleh seorang rakyat Palestin yang membunuh seorang pelancong Amerika dan mencederakan 12 yang lain.

Kejadian penikaman Tel Aviv berlaku di kawasan pelabuhan Jaffa berlaku ketika Biden bertemu bekas presiden Israel Shimon Peres kira-kira 1 kilometer jauhnya, kelmarin.

Naib presiden itu “mengecam serangan kejam yang berlaku di Jaffa ketika pertemuannya dengan presiden Peres, dan memberi komen bahawa tidak adanya justifikasi atas perbuatan sedemikian,” kata pejabatnya.

Joe Biden (kiri) bersama isterinya Jill (dua, kiri) bergambar bersama Benjamin Netanyahu (kanan) dan isterinya Sara sebelum mesyuarat mereka di Baitulmuqaddis pada 9 Mac. – Reuters
Joe Biden (kiri) bersama isterinya Jill (dua, kiri) bergambar bersama Benjamin Netanyahu (kanan) dan isterinya Sara sebelum mesyuarat mereka di Baitulmuqaddis pada 9 Mac. – Reuters

Jabatan Kerajaan AS mengenal pasti rakyat Amerika yang maut itu sebagai Taylor Allen Force, berusia 29 tahun dari veteran tentera dan berasal dari Texas.

Biden bertemu dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Baitulmuqaddis hari ini dan presiden Palestin Mahmud Abbas di Ramallah kemudian.

Jurucakap polis mengatakan ‘keselamatan telah dipertingkatkan di seluruh Baitulmuqaddis’.

Penyerang, kedua-duanya berusia kira-kira 20-an, adalah dari bandar Qalqilya di Tebing Barat dan ditembak mati oleh polis, kata pihak berkuasa Israel.