Lawatan dalami bidang kejuruteraan petroleum

Lawatan dalami bidang kejuruteraan petroleum

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 25 Mei – Seramai 50 pelajar Institut Teknologi Brunei (ITB), yang mengambil kursus Kejuruteraan Petroluem, hari ini, mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa buah syarikat dalam industri minyak dan gas.

Rombongan pelajar berkenaan, yang terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Jurutera Petroleum ITB, telah mengadakan lawatan ke Syarikat Baker Hughes dan Syarikat Schlumberger yang berpangkalan di Seria, Daerah Belait.

Lawatan yang diselaraskan oleh pensyarah utama kursus tersebut, Dr Nurul Hasan, bertujuan bagi meningkatkan pemahaman para pelajar mengenai industri minyak dan gas khususnya dalam bidang kejuruteraan petroleum.

Menurut Dr Nurul Hasan, lawatan itu bermatlamat untuk mendidik dan menyediakan pelajar-pelajar mengenai kerja-kerja dan aplikasi yang dilakukan oleh syarikat-syarikat tersebut.

Rombongan pelajar ITB mengadakan lawatan ke Syarikat Schlumberger.
Rombongan pelajar ITB mengadakan lawatan ke Syarikat Schlumberger.

pg08_150526_a

“Ramai pelajar-pelajar dari ITB ini akan menamatkan kursus dan mereka akan memulakan internship (latihan amali) mereka di beberapa buah syarikat di bawah industri minyak dan gas, dan di sini ia diharapkan akan dapat membuka mata mereka dengan lebih jelas lagi mengenai apa yang akan menanti mereka,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa, pada masa ini bilangan jurutera petroleum tempatan amat diperlukan dan dari lawatan ini diharap akan dapat memupuk lagi minat mereka terhadap bidang tersebut serta pengetahuan yang dipelajari dari sini akan menjadi berguna lagi kepada mereka yang akan mengambil kursus tersebut di tahap pengajian yang lebih tinggi lagi.