Lawatan dari IAIN, Indonesia ke UNISSA

Lawatan dari IAIN, Indonesia ke UNISSA

UNISSA (Universiti Islam Sultan Sharif Ali) telah menerima kunjungan delegasi dari Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Sultan Maulana Hasanuddin (SMH), Banten, Indonesia.

Kunjungan ini adalah sebagai kesinambungan perbincangan setelah termeterainya penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) antara UNISSA dan IAIN SMH Banten pada 18 Oktober 2015.

Kunjungan delegasi IAIN SMH Banten seramai tiga orang yang diketuai oleh Direktur Pascasarjana, Profesor Dr. H Utang Ranuwijaya telah dialu-alukan oleh Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.

Pihak delegasi juga dipersembahkan dengan tayangan Video Korporat UNISSA dan seterusnya mendengarkan taklimat berhubung penubuhan dan pentadbiran UNISSA yang disampaikan oleh Timbalan Rektor, Yang Mulia Dr Haji Mohd Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad. Manakala penerangan mengenai program-program yang ditawarkan UNISSA telah disampaikan oleh Pemangku Penolong Rektor, Dr Siti Sara binti Haji Ahmad.

Kunjungan ini adalah sebagai kesinambungan perbincangan setelah termeterainya penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) antara UNISSA dan IAIN SMH Banten pada 18 Oktober 2015.
Kunjungan ini adalah sebagai kesinambungan perbincangan setelah termeterainya penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) antara UNISSA dan IAIN SMH Banten pada 18 Oktober 2015.

Pihak delegasi seterusnya memberikan taklimat balas tentang penubuhan dan program-program yang terdapat pada IAIN SMH Banten yang diharapkan boleh berkolaborasi dengan UNISSA.

Dengan jumlah keramaian melebihi 7,000 mahasiswa, IAIN SMH Banten akan mula dinaik taraf menjadi Universitas Islam Negeri (UIN) pada tahun 2017.

Sesi taklimat ini diakhiri dengan sesi dialog antara kedua belah pihak dalam merancang program-program persefahaman demi untuk meningkatkan lagi kualiti pengajian Islam dan memartabatkannya di arena antarabangsa.