Lawatan galak kanak-kanak rajin membaca

Lawatan galak kanak-kanak rajin membaca

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mac – Seramai 49 orang murid KG 3 Biru dan Hijau Sekolah Misi Saint Jame’s Kuala Belait telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Kuala Belait.

Lawatan antara lain bertujuan untuk menggalakkan supaya rajin membaca buku dan meningkatkan minat terhadap buku.

Pelbagai kegiatan telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, antaranya mewarna gambar, mari bercerita, tayangan video yang berbentuk pendidikan dan kuiz.

Rombongan lawatan diketuai oleh Ketua KG, Suzan Pineda Escobido dengan dibantu oleh guru darjah, Maricel Babista Faller dan Dayangku Marahayati binti Pengiran Haji Yusuf.

pg06_160325_b

Murid-murid menyertai aktiviti mewarna semasa lawatan ke Perpustakaan Kuala Belait.
Murid-murid menyertai aktiviti mewarna semasa lawatan ke Perpustakaan Kuala Belait.

ARTIKEL YANG SAMA