Lawatan hari ke-5

Lawatan hari ke-5

Gambar Infofoto

 

SINGAPURA, 18 Ogos – Lawatan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah ke Singapura hari ini diteruskan lagi dengan berangkat menghadiri Majlis Santap Malam yang dihoskan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Republik Singapura, Teo Chee Hean dan isteri, Chew Poh Yim.

Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia dan Yang Amat Mulia dialu-alukan oleh Teo Chee Hean dan isteri yang kemudiannya dijunjung beredar bagi Majlis Santap Malam.

Terdahulu, pada sebelah pagi, Yang Teramat Mulia berkenan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pembangunan Sosial dan keluarga, Tan Chuan-Jin. Selepas perjumpaan itu, Yang Teramat Mulia berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Tengah Hari bersama Menteri Negara Kanan, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia dan Kementerian Kewangan, Sim Ann.

YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah berkenan berangkat ke Majlis Santap Malam dihoskan oleh Teo Chee Hean dan isteri.
YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah berkenan berangkat ke Majlis Santap Malam dihoskan oleh Teo Chee Hean dan isteri.
YTM berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Tengah Hari bersama Menteri Negara Kanan, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia dan Kementerian Kewangan.
YTM berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Tengah Hari bersama Menteri Negara Kanan, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia dan Kementerian Kewangan.
YTM berkenan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga.
YTM berkenan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga.
YTM berkenan mengadakan lawatan muhibah ke Strategy Group.
YTM berkenan mengadakan lawatan muhibah ke Strategy Group.

Pada sebelah petang, Yang Teramat Mulia berkenan mengadakan lawatan muhibah ke Sektariat Penyelarasan Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri yang mana keberangkatan Yang Teramat Mulia dialu-alukan oleh Timbalan Setiausaha (Penyelaras Keselamatan) di Jabatan Perdana Menteri, Goh Soon Poh. Sejurus keberangkatan, Yang Teramat Mulia dijunjung menandatangani Buku Pelawat dan seterusnya mendengarkan taklimat.

Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan meneruskan lawatan muhibah ke Strategy Group, Jabatan Perdana Menteri yang dialu-alukan oleh Timbalan Setiausaha di jabatan itu, Tan Gee Koew. Yang Teramat Mulia kemudian dijunjung berangkat bagi mendengarkan sembah taklimat mengenai peranan dan fungsi unit tersebut.