Lawatan JKDN ke YASKA

Lawatan JKDN ke YASKA

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 30 Mei – Seramai 15 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN) telah mengadakan lawatan ke Yayasan Kanser Kanak-kanak (YASKA) Brunei di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) di ibu negara, kelmarin.

Semasa lawatan, rombongan JKDN juga menyerahkan bantuan wakaf berupa dua unit kerusi roda kanak-kanak dan juga cenderahati kepada kanak-kanak di sana.

Penyerahan disempurnakan oleh Pegawai Kanan di JKDN selaku Pengerusi Badan Kebajikan, Agama dan Sukan JKDN, Hajah Suraidah bintu Haji Mohd Daud kepada Yang Di-Pertua YASKA Brunei, Dr. Hajah Norehan binti Haji Johari.

Rombongan JKDN turut menyumbangkan cenderahati kepada kanak-kanak YASKA
Rombongan JKDN turut menyumbangkan cenderahati kepada kanak-kanak YASKA
Lawatan itu juga melibatkan kanak-kanak menjalankan aktiviti yang bermanfaat.
Lawatan itu juga melibatkan kanak-kanak menjalankan aktiviti yang bermanfaat.

Lawatan bertujuan untuk mengunjungi atau menziarahi para pesakit kanser kanak-kanak untuk sama-sama memberikan sokongan moral agar terus kuat menghadapi apa jua cabaran.

Ia juga merupakan salah satu aktiviti Badan Kebajikan Agama dan Sukan, JKDN untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat di negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA