Lawatan ke Jabatan Mufti Kerajaan raih banyak manfaat

Lawatan ke Jabatan Mufti Kerajaan raih banyak manfaat

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Dis – Para Muslimah, belia dan beliawanis Masjid Setia Ali Pekan Muara, hari ini, telah mengadakan lawatan ke Jabatan Mufti Kerajaan di Jalan Babu Raja di sini.

Rombongan diketuai oleh Imam Masjid Setia Ali Pekan Muara, Pengiran Haji Rosman bin Pengiran Haji Sahbudin yang memberitahu, lawatan antara lain bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada golongan muda akan kepentingan Jabatan Mufti serta peranannya.

Selain daripada itu, menurut beliau lagi, melalui lawatan ini para belia akan diberikan pengetahuan mengenai bahan pameran seperti Al-Quran, tasbih dan tongkat serta pelbagai bahan pameran yang terdapat di sana yang merupakan milik Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi pengetahuan penduduk negara ini.

Menurutnya lagi, program lawatan seperti ini juga merupakan sebahagian daripada wadah pengisian masa percutian dalam kalangan Muslimah, belia dan beliawanis melalui penambahan pengalaman dan ilmu yang berguna.

Lawatan itu juga sebahagian daripada aktiviti dalam Bengkel Memakmurkan Masjid yang diadakan baru-baru ini.

Sesi bergambar ramai di hadapan bangunan Jabatan Mufti Kerajaan.
Sesi bergambar ramai di hadapan bangunan Jabatan Mufti Kerajaan.
Sebahagian peserta rombongan meninjau pameran yang terdapat di Jabatan Mufti Kerajaan tersebut.
Sebahagian peserta rombongan meninjau pameran yang terdapat di Jabatan Mufti Kerajaan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA