Lawatan ke NBT

Lawatan ke NBT

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Sekumpulan 20 orang pelajar Pusat Latihan Mekanik (PLM), Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), baru-baru ini telah mengadakan dua lawatan berasingan ke Pusat Servis NBT Toyota dan Lexus di Gadong serta Pusat Servis Rangka & Cat NBT, Berakas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh NBT (Brunei) Sdn Bhd, rombongan seramai 10 pelajar yang diiringi oleh guru mereka, Tenaga Pengajar Teknikal Kanan/Pegawai HSE, Awang Zaharuddin bin Haji Abdul Rahman mengadakan lawatan ke Pusat Servis NBT Toyota dan Lexus, Gadong, pada 21 September lalu.

Rombongan berkenaan terdiri daripada pelajar kohort pertama Sijil Pendidikan Teknik Kebangsaan (NTec) dalam bidang Perantisan Jurutera Automotif dan NTec Mekanik Kenderaan Berat yang mana lawatan itu adalah bagi memenuhi keperluan modul Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) baru PLM yang merupakan sebahagian daripada projek kumpulan pelajar berkenaan.

Pelajar Kampus IBTE PLM bergambar ramai dengan pihak pengurusan Pusat Servis Rangka & Cat NBT, Berakas.
Pelajar Kampus IBTE PLM bergambar ramai dengan pihak pengurusan Pusat Servis Rangka & Cat NBT, Berakas.
Pelajar Program Mekanik bergambar ramai dengan pihak pengurusan Pusat Servis Toyota, NBT Gadong.
Pelajar Program Mekanik bergambar ramai dengan pihak pengurusan Pusat Servis Toyota, NBT Gadong.

Sementara itu, pada 23 September, kumpulan 10 orang pelajar lain dari HNTec dalam Teknologi Automobil dan Ntec dalam Perantisan Jurutera Automotif pula mengadakan lawatan seumpamanya ke Pusat Servis Rangka & Cat NBT, Berakas bagi mempelajari lebih lanjut mengenai bengkel khusus pembaikan automotif NBT.

Rombongan berkenaan telah diiringi oleh guru-guru modul HSE mereka iaitu Awang Zaharuddin, Dayang Ismani binti Ismail dan Awang Mohd Khairulanwar @ Syafi’ie bin Haji Mohd Haranadi.

ARTIKEL YANG SAMA