Lawatan ke pengajian Islam di Oxford

Lawatan ke pengajian Islam di Oxford

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Okt – Satu rombongan terdiri daripada 15 orang pelajar Kesatuan Pelajar Brunei dan Persatuan Brunei Peringkat ‘A’ baru-baru ini telah mengadakan lawatan ke Pusat Oxford bagi Kajian Islam (OCIS), sebuah Pusat Bebas Diiktiraf di Universiti Oxford.

Delegasi tersebut disertai oleh tiga orang pegawai dari Unit Pelajar Brunei di London diketuai oleh Pengarah Pengajian, Awang Ahmad Faisal bin Zainal Abidin dan Presiden Kesatuan Pelajar Brunei sesi 2015/2016, Awang Ayyub bin Haji Kamaludin. Menurut kenyataan di sini, setibanya rombongan ke lokasi pusat berkenaan di George Street, Oxford, mereka disambut oleh felo Nelson Mandela yang juga Tutor Bersekutu di Jabatan Pendidikan Lanjutan di Universiti Oxford, Dr. Basil Mustafa yang seterusnya memberikan taklimat ringkas mengenai OCIS.

Ini diikuti dengan perkongsian mengenai sejarah Universiti Oxford yang juga menyentuh mengenai Islam di Asia Tenggara daripada Felo Kolej Worchester Pusat Islam Oxford, Felo KFAS dalam Kajian Islam, Pensyarah Kajian Islam di Fakulti Theologi di Universiti Oxford, Dato Dr. Afifi al-Akiti. Selepas makan tengah hari, Dato Dr. Afifi seterusnya membawa rombongan melawat ke kolej tersebut dan mengongsikan kemudahan-kemudahan yang terdapat di kolej tersebut.

Gambar ramai rombongan yang mengikuti lawatan tersebut.
Gambar ramai rombongan yang mengikuti lawatan tersebut.

Lawatan tersebut ternyata membuahkan hasil dan berfaedah kepada para pelajar peringkat ‘A’ yang memperoleh pengetahuan berharga dan maklumat berkaitan dengan kehidupan akademik dan budaya di Oxford.

Lawatan tersebut juga memberikan para pelajar gambaran yang lebih kepada nasihat yang melibatkan pengajian di universiti bersejarah dan berprestij ini, merangkumi peringkat sarjana muda dan lepasan ijazah.

ARTIKEL YANG SAMA