Lawatan Ke Singapura

Lawatan Ke Singapura

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan kelmarin berkenan mengadakan lawatan ke Kementerian Perdagangan dan Industri dan Galeri Kebangsaan Singapura.

Manakala pada sebelah tengah hari, Yang Teramat Mulia diraikan dalam santap tengah hari oleh Menteri Kanan Negara di Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pengangkutan, Josephine Teo (gambar) dan pada sebelah malamnya, YTM diraikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Kebangsaan, Teo Chee Hean dan isteri, Teo Poh Yim.

Sepanjang lawatan, Yang Teramat Mulia diiringi oleh Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz. – Gambar ihsan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan

pg03_160423_b

ARTIKEL YANG SAMA