Lawatan kerja ke sekolah-sekolah

Lawatan kerja ke sekolah-sekolah

TUTONG – Rombongan pegawai-pegawai dari Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam, telah membuat lawatan ke Sekolah Dato Pemancha Saging, Ukong.

Tujuan lawatan kerja ialah melihat suasana sekolah dan pentadbiran serta keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah berkenaan. Sekolah tersebut mempunyai keramaian 69 murid dan 40 murid daripadanya bukan beragama Islam.

Di samping itu, rombongan juga telah memberikan sumbangan berbentuk peralatan tulis dan pakaian sekolah kepada sebahagian murid di sekolah tersebut.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Kenaziran, Haji Hasbi bin Haji Mohd Suhaily.

Selain sekolah berkenaan, dengan tujuan yang sama, rombongan juga sempat melawat Sekolah Rendah Bukit Beruang.

ARTIKEL YANG SAMA