Lawatan KHEU ke Brunei Press Sdn Bhd

Lawatan KHEU ke Brunei Press Sdn Bhd

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar oleh Bahyiah Bakir

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Feb – Satu rombongan seramai 12 pegawai perhubungan awam dari Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), petang tadi, telah membuat lawatan kerjua ke Brunei Press Sdn Bhd bagi memahami aspek kewartawanan di negara ini. Ketibaan rombongan yang diketuai oleh Ketua Perhubungan Awam KHEU, Awang Ariffin bin Dato Paduka Haji Abu Bakar telah dialu-alukan oleh Pengurus Am Brunei Press, Reggie See serta para pegawai kanan lainnya.

Lawatan telah didahului dengan taklimat mengenai fungsi-fungsi dan tugas yang dijalankan di syarikat berkenaan, yang disampaikan oleh Reggie See dan disusuli oleh sesi dialog.

Kemudian, rombongan dibawa meninjau pelbagai bahagian syarikat berkenaan seperti kawasan mesin percetakan dan bahagian editorial untuk menyaksikan lebih dekat tugas-tugas yang dijalankan sebagai sebuah syarikat penerbitan media cetak.

Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar ramai antara rombongan KHEU dengan pegawai-pegawai dari Syarikat Brunei Press Sdn Bhd.

Awang Ariffin menyampaikan cenderahati kepada Pengurus Besar Brunei Press Sdn Bhd, Reggie See.
Awang Ariffin menyampaikan cenderahati kepada Pengurus Besar Brunei Press Sdn Bhd, Reggie See.
Sesi bergambar ramai antara rombongan dari (KHEU) dan Brunei Press Sdn Bhd.
Sesi bergambar ramai antara rombongan dari (KHEU) dan Brunei Press Sdn Bhd.
Para rombongan dibawa melihat suasana bahagian arkib Brunei Press.
Para rombongan dibawa melihat suasana bahagian arkib Brunei Press.

Di samping bagi memberikan pengenalan dan pendedahan yang berkaitan dengan penerbitan akhbar Borneo Bulletin dan Media Permata, lawatan rombongan KHEU ini juga bertujuan sebagai perkongsian maklumat dan mengeratkan hubungan kerja antara pihak kementerian dan dua akhbar tempatan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA