Lawatan Modi tumpu perdagangan, perniagaan

Lawatan Modi tumpu perdagangan, perniagaan

NEW DELHI, 12 Nov (dpa) – Perdana Menteri India Narendra Modi dijangka tiba di Britain hari ini untuk lawatan tiga hari dengan hubungan perdagangan dan perniagaan menjadi agenda utama untuk rundingan beliau.

Modi dijangka mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatan Britain David Cameron, bertemu dengan pemipin industri dan menyampaikan ucapan di Parlimen.

“Berlepas ke UK. Saya berharap lawatan ini akan memperkukuh hubungan ekonomi di antara India dan UK dan membawa lebih banyak pelaburan ke India,” kata Modi dalam mesej sebelum lawatan di Twitter.

Sebelum lawatan, India mengumumkan akan melonggarkan peraturan pelaburan asing dalam 15 sektor termasuk pertahanan dan penerbangan awam dalam pembaharuan ekonomi besar-besaran bertujuan merangsang pertumbuhan.

Media India melaporkan bahawa India dan Britain mungkin mengumumkan perjanjian bernilai berbilion dolar ketika lawatan, merangkumi pelaburan dan pertahanan. India berminat untuk membeli 20 pesawat udara pelatih BAE Systems Hawk untuk angkatan bersenjatanya, lapor penyiar NDTV.

Salah satu acara kemuncak lawatan Modi adalah ucapan beliau kepada kira-kira 60,000 orang di stadium WEmbley di London esok. Ucapan alu-aluan akan disampaikan oleh Cameron.

Lawatan Modi itu diadakan pada masa parti pimpinan beliau Parti Bharatiya Janata menghadapi masalah, yang mengalami kekalahan dalam pilihan raya negeri utama pada bulan ini, sekaligus mencetuskan kritikan mengenai kepimpinan parti.

Beberapa kumpulan telah mengugut akan mengadakan bantahan ketika lawatan Modi. Aktivis daripada Rangkaian Awaaz telah menuduh Modi sebagai mencipta satu agenda ‘autoritarian’ yang bertujuan melemahkan fabrik demokratik dan sekular India.”

ARTIKEL YANG SAMA