Lawatan muhibah Kedayan Sabah ke Brunei

Lawatan muhibah Kedayan Sabah ke Brunei

Oleh Norizan Murshid

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Persatuan Melayu Kedayan Brunei atau ringkasnya PEMADAYAN baru-baru ini menerima kunjungan muhibah daripada Kedayan Sabah yang membuat lawatan singkat ke Negara Brunei Darussalam.

Rombongan Kedayan Sabah diketuai oleh Pengerusi Institut Kedayan Sabah, Haji Made Sidik.

Majlis Makan Tengahari berlangsung di rumah usahawan sajian makanan terkenal Haji Zainal bin Haji Safar di Kampung Katimahar dalam Daerah Brunei Muara.

Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Presiden PEMADAYAN, Haji Metusin bin OKS Haji Tuba di mana beliau antara lain menzahirkan rasa gembira berpeluang menjalinkan hubungan mesra di antara kedua-dua buah persatuan.

Dalam ucapan balas pula Haji Made turut menyentuh mengenai hubungan rapat yang terjalin di antara Kedayan Brunei dan Sabah serta Sarawak.

Haji Made yang juga Pengerusi Institut Progresif Analisis Dasar Awam di Sabah telah mengadakan secara intensif kaji selidik berhubung budaya dan cara hidup etnik Kedayan.

Beliau juga turut membuat kaji selidik di Sarawak, Banjar di Kalimantan dan Pulau Pinang. Beberapa buah buku telah pun mereka hasilkan. Beliau juga adalah seorang pensyarah di Australian National University.

ARTIKEL YANG SAMA