Lawatan pengenalan pemerintah ABDB ke Vietnam

Lawatan pengenalan pemerintah ABDB ke Vietnam

HANOI, Vietnam, 9 Jun – Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah serta delegasi telah berada di Vietnam sejak 7 Jun lalu hingga hari ini, bagi mengadakan lawatan pengenalan selama tiga hari.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan, lawatan berkenaan bermatlamat untuk mengukuhkan lagi hubungan profesional dua hala dan kerjasama pertahanan di antara kedua-dua angkatan bersenjata, dan negara secara keseluruhannya.

Yang Dimuliakan Pehin telah berkunjung ke Ibu Pejabat Kementerian Pertahanan Vietnam, di mana sebaik ketibaannya, beliau memeriksa perbarisan kehormatan.

Dalam lawatan berkenaan, Pemerintah ABDB telah membuat kunjungan muhibah secara berasingan kepada Menteri Pertahanan Vietnam, Tuan Yang Terutama Jeneral Phung Quang Thanh, dan Ketua Turus Tentera Rakyat Vietnam, Leftenan Jeneral Kanan Do Ba Ty.

Pemerintah ABDB bersama delegasi bergambar ramai dengan pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan Vietnam.
Pemerintah ABDB bersama delegasi bergambar ramai dengan pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan Vietnam.
Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih ketika membuat kunjungan muhibah kepada Tuan Yang Terutama Jeneral Phung Quang Thanh.
Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih ketika membuat kunjungan muhibah kepada Tuan Yang Terutama Jeneral Phung Quang Thanh.

Ini diikuti dengan lawatan ke Divisyen 308, Infantry Officer School 1, Batalion dan Muzium Sejarah Tentera Vietnam. Di samping itu, pemerintah ABDB juga menghadiri majlis makan malam yang dihoskan oleh Leftenan Jeneral Kanan Do Ba Ty.

ARTIKEL YANG SAMA