Lawatan perpisahan Pemerintah TUDB ke Singapura

Lawatan perpisahan Pemerintah TUDB ke Singapura

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Sept – Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Wardi bin Haji Abdul Latip telah mengadakan lawatan perpisahan selama tiga hari ke Kementerian Pertahanan Singapura, Republik Singapura pada 7 hingga 9 September lalu.

Semasa lawatan tersebut, beliau turut mengadakan kunjungan hormat kepada Panglima Tentera Udara Republik Singapura, Mejar Jeneral Hoo Cher Mou, Ketua Pertahanan Angkatan Bersenjata Singapura Mejar Jeneral Perry Lim, dan seterusnya Menteri Kedua Pertahanan Republik Singapura, Lui Tuck Yew.

Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Wardi dan isteri turut menghadiri majlis makan malam yang diberikan oleh Panglima Tentera Udara Republik Singapura.

Di majlis berkenaan, beliau melahirkan penghargaan atas hubungan ikhlas yang wujud antara kedua-dua belah pihak dan berharap hubungan ini akan sentiasa erat dan berkembang maju di masa akan datang.

Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Wardi menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan kehormat Tentera Udara Kementerian Pertahanan Republik Singapura.
Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Wardi menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan kehormat Tentera Udara Kementerian Pertahanan Republik Singapura.

ARTIKEL YANG SAMA