Lawatan pertama PM India ke UK pada 12 November

Lawatan pertama PM India ke UK pada 12 November

Hindu nationalist Modi, prime ministerial candidate for India's main opposition BJP, addresses a rally in Agra

NEW DELHI, 25 Okt (AFP) – Perdana Menteri India, Narendra Modi (gambar) mengatakan hari ini beliau berharap akan dapat mengunjungi Britain bulan depan, lawatan pertamanya sebagai perdana menteri selepas London membatalkan boikot berdekad lamanya ke atas pemimpin berkenaan.

“Saya akan memulakan lawatan ke Britain sehari selepas Diwali,” kata Modi, merujuk kepada festival besar Hindu yang akan diraikan pada 11 November.

“Saya amat berharap akan lawatan itu,” tambahnya dalam ucapan bulanan dalam radio. Modi akan berada di London bermula 12 hingga 14 November sebelum menuju ke Turki bagi sidang kemuncak G20, menurut sumber kementerian luar negeri India yang mengesahkannya kepada AFP.

Semasa lawatan tiga hari itu, Modi akan menemui kepimpinan Britain dan memberikan ucapan kepada diaspora terbesar India di Stadium Wembley, serta merasmikan memorial ikon berkasta rendah, Bhimrao Ambedkar di bekas rumahnya di London.

Lawatan itu merupakan lawatan pertama Modi sejak London menamatkan boikot diplomatik berdekad lamanya bagi nasionalis Hindu pada 2012 berhubung rusuhan maut anti-Islam semasa dia memerintah di negeri asalnya, Gujarat.

Perdana Menteri David Cameron mengundang perdana menteri untuk melawat Britain sejurus selepas kemenangan besar pilihan raya am Modi pada Mei 2014, dalam bidaan untuk merangsang hubungan diplomatik dan perdagangan dengan India.

ARTIKEL YANG SAMA