Lawatan pertama PM Serbia ke Albania

Lawatan pertama PM Serbia ke Albania

BELGRADE, 26 Mei (AFP) – Perdana Menteri Aleksandar Vucic hari ini menjadi ketua kerajaan Serbia pertama yang mengunjungi Albania, bertujuan untuk meningkatkan hubungan renggang antara kedua-dua negara Balkan itu.

Kunjungannya itu muncul enam bulan selepas Perdana Menteri Albania, Edi Rama ke Belgrade – lawatan pertama ke Serbia oleh ketua kerajaan Tirana selama 68 tahun.

Di Tirana hari ini, Vucic akan mengadakan rundingan dengan rakan sejawatannya sebelum bercakap pada esoknya semasa forum ekonomi yang mana para pemimpin negara-negara serantau akan menyertainya.

Hubungan antara Serbia dan Albania menjadi tegang berhubung persoalan mengenai Kosovo, sebuah wilayah bersama majoritinya etnik Albania yang mengumumkan kemerdekaan dari Serbia pada 2008, dengan sokongan Amerika Syarikat, namun kekal tidak diiktiraf oleh Belgrade dan sekutunya Rusia, serta yang lain.

ARTIKEL YANG SAMA