Lawatan pupuk amalan kitar semula

Lawatan pupuk amalan kitar semula

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Sekolah Rendah Bendahara Sakam Bunut

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Ogos – Sekolah Rendah Bendahara Sakam Bunut, Kluster 2, baru-baru ini telah mengadakan lawatan sekolah ke Daikyo Environmental Recycling Sdn Bhd, Jalan Serasa, Muara.

Lawatan berkenaan disertai oleh lebih 15 orang murid Tahun 1 hingga 3 dengan dipimpin oleh beberapa orang guru sekolah berkenaan.

Ia bertujuan untuk meningkatkan lagi kesedaran murid-murid, khususnya para belia masa kini untuk memupuk sikap kitar semula dalam sama-sama menjaga alam sekitar dan persekitaran negara serta melahirkan harapan bahawa mereka akan mengamalkan sikap kitar semula di sekolah dan rumah.

pg07_160816_b

Murid-murid yang menyertai lawatan tersebut.
Murid-murid yang menyertai lawatan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA